Saturday, September 29

4 Tahun 7 Bulan

Sebenarnya blog ni bukan la blog yang lain tapi sebenarnya blog aku yang pertama sebelum aku create blog The Enthusiast :P. Mulanya mcm malas je nk post kat blog ni dah tapi sebab aku ni suka sgt nk bercerita, so aku hidupkan balik blog ni utk jadi medium utk aku bercerita dgn korg.

Last aku post dlm blog ni 1 Mac 2008. Punya la lama, hampir 4 tahun 7 bulan masa dah berlalu. Masa tu baru je start keja dan tgh semangat nk pegi offshore (skang xde dah la sbb aku lg suka dok opis ternak perut,hehe..). Banyak la benda dah berlaku sepanjang ketiadaan post baru aku dalam blog ni. Dari kerja kuli smpi jd bos :P dan dari bujang smpi la skang aku dah kahwin, Alhamdulillah :).

Ada org tanya aku "Best tak kahwin?". Tanpa ragu2 aku pun jawab "Mestilah". Walaupun jawapan aku tu penuh je, tapi penuh bermakna kalau org boleh baca fikiran aku. Bagi aku jawapan "Mestilah" tu bukan hanya sekadar perasaan best sebab sekarang dah ada teman hidup, tapi juga satu kesyukuran kerana aku telah diberi peluang untuk menjalankan perintah Allah S.W.T. dalam meramai umat Islam di muka bumi ni. Betapa best perkahwinan itu terletak pada nikmat perkahwinan yg dihayati dengan penuh keihklasan tanpa hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Banyak dosa dapat dielakkan dan byk pahala dapat diperbanyakkan melalui perkahwinan. Best dapat menggembirakan hati isteri dan best sebab sekarang aku sudah menjadi lebih bertanggungjawab dan memahami apa itu komitmen. Semoga keluarga baru ku ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T Aminn...



Cerita pasal nak gembirakan hati isteri ni, mmg ada banyak cara yang boleh dibuat oleh seorg suami. Tapi oleh kerana aku sekarang ni kena duduk berjauhan dgn isteri sebab tak dapat pindah kerja lagi :( kaedah yg aku boleh buat amatlah terhad. Satu cara aku buat adalah dgn memberikan hadiah sebagai pengganti diri, walaupun aku tau banyak mana pun hadiah aku bagi tetap takkan sama dgn kehadiran aku disisinya, tp at least hadiah yg tak seberapa ni dapat la mengurangkan sikit rasa sedih dalam hatinya. So aku pun belikan dua pasang baju Jovian untuk Raya Haji nnt. Dari suara di dalam telefon pun aku dah boleh rasa betapa gembiranya hati dia sebab dapat baju yg diidamkan. Walaupun mahal sket, tapi aku tak kisah sgt sebab mmg sgt berbaloi. baju tu pun cantik2 dan mmg kena la dgn taste aku :) siapa2 yg tak pnh tgk lagi, ni la baju yg aku dah belikan untuk isteri aku.

Jameela Beige
Jewel Grey
  
Sesiapa yg rasa berkenan, boleh la pegi ke website poplook atau zalora utk pre-order, tapi most design yg cantik2 dah sold out la,hehe..aku pun nasib baik je dapat order (niat nk bagi isteri sebab tu la boleh dpt kot :P). So kepada suami2 sekalian, sentiasa la gembirakan hati isteri anda, banyak pahala boleh dapat tau :D. Aku ni plak tak tau la bila boleh dapat pindah, harap2 dapat la pindah cepat2. InsyaAllah ada la rezeki tu nnt :)

Apa-apa pun kehiduapn aku skang lebih tenang dan bermakna. Banyak lagi peringkat kehidupan yg aku akan lalui di masa akan datang. Semoga aku dan isteri tabah mengharungi dugaan dan ujian yg bakal kami hadapi dan semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Aku akan cuba update blog ni sekerap mana yg aku mampu, so harap korg sudi la follow dan tak boring baca apa yg aku tulis ye.

Terima kasih kerana sudi membaca, kalau best share la dgn member2 korg ye :)

No comments: