Sunday, September 30

Diskaun 10% Untuk Pembayar Konsisten

Selamat pagi semua :)

Hari ni nak share pendapat aku mengenai diskaun PTPTN yang telah diumumkan oleh PM Najib pada pembentangan bajet 2013 hari Jumaat baru ni. Pada sesiapa yang masih tak tahu lagi, ada dua option diskaun yg dah diberi iaitu 20% diskaun untuk peminjam yg dapat settle kan hutang before Sept 2013 dan 10% diskaun setahun utk pembayar konsisten. Utk aku mmg konfem la aku pilih yg 10% diskaun tu sbb aku takde duit nk settle kan semua. Tapi itu tak lah bermakna aku terbeban dgn hutang tu seperti mana yg sibuk dihebohkan oleh pihak lain. Tapi bila aku congak secara kasar, DISKAUN 10% UTK SETIAP TAHUN, setiap tahun tau bukan 10% dari jumlah pinjaman. Jadi misal kata aku bayar every month RM180, tolak interest 1% jadi RM140 yg akan ditolak dari baki pinjaman aku, maka total setahun aku akan bayar adalah sebanyak RM1680. Aku amik baki pinjaman semasa aku RM24704.90 maka pada Sept 2013 ia akan menjadi RM23024.90. Dari jumlah yg dh ditolak tu, tolak diskaun 10%, so akan ditolak sebanyak RM2302.49 menjadikan baki pinjaman keseluruhan aku RM20722.41. Untuk tahun kedua pulak aku still bayar jumlah yg sama sebanyak RM1680 setahun menjadikan baki pinjaman RM19042.41 dan ditolak 10% diskaun pada Sept 2014 sebanyak RM1904.24 menjadikan baki akhir RM17138.17.

Kesimpulannya aku bayar je RM180 sebulan dari Sept 2012 hingga Sept 2014 iaitu sebanyak RM3360 tapi jumlah yg akn ditolak pada pinjaman aku sebanyak RM7566.73 menjadikan purata sebulan adalah RM315. Tolak yg aku bayar RM180 tu menjadikan jumlah RM135 yg akan ditanggung oleh kerajaan.

So Alhamdulillah kalau benda ni berpanjangan aku harap dpt la setel hutang tu cepat. Tolong komen kalau korg rasa cara kira aku ni salah. Kita boleh share pendapat masing2. Apa pun, samada diskaun atau tak, hutang tetap kena bayar dan kalau tak mampu byr lump sum bayar la sikit2 tiap2 bulan :)

Contoh Jadual Bayaran Balik Jika Diskaun 10% Setahun Dilaksanakan



Link pengumuman diskaun di laman PTPTN: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bajet2013

No comments: