Ramai yg memulakan kerja pada hari ni tapi aku semalam lg dah start enjin. Hari pertama minggu kerja ni selalu la dikaitkan dengan 'Monday Blues', tp kalau kat tmpt aku 'Sunday Blues' la,hehe.. Sedar atau tidak 'Monday Blues' ni adalah tanda yang kita tidak bergembira dengan pekerjaan yg kita sedang lakukan sekarang. Kita takkan rasa lemah atau malas utk pergi kerja kalau pekerjaan yg kita telah diamanahkan itu pekerjaan yang kita suka. Banyak la aspek dan sebab sehingga timbulnya lemah semangat ni antaranya persekitaran kerja yg negatif seperti rakan sekerja tak sekepala, org atasan yang scope of work dia adalah marah kat anak buah dan kawasan tmpt kerja yg bersepah dan kotor. Selain tu kerja yang kita buat pun boleh menjadi sebab utama, kalau kita ni jenis tak suka menaip tapi pekerjaan kita adalah jurutaip mmg la takkan menjadi.
Selalu jugak org kata 'dah ni rezeki yg kita dapat, redha je la' tp tak selalunya redha mereka itu ikhlas. Kadang-kadang redha terpaksa atau redha kerana dah takde pilihan lain dah. Itu adalah tindakan yg salah. Akhirnya bukan persekitaran yg negatif atau bidang kerja tak sesuai yg patut dipersalahkan, tapi diri sendiri yg telah berputus asa dengan keadaan semasa.
Pagi tadi semasa breakfast, aku ada view video dr youtube berkaitan dgn seorg pemuda bernama Nick Vujicic dari Serbia. Aku yakin ramai yg dh tgk video mamat ni dan ramai yg menitis air mata. Tapi sedar tak korg air mata yg dititiskan tu utk siapa? aku pasti air mata tu bukan dititiskan utk Nick Vujicic yg tidak mempunyai tangan dan kaki, dia adalah seorg yg positif dan berjaya hingga takde apa utk disedihkan. Air mata tu adalah utk nasib diri kita sendiri sebenarnya. Kita sedih kerana sedar kita mempunyai potensi tapi kita terlalu banyak menyalahkan org lain kerana kegagalan kita. Dalam video tersebut Nick memberitahu 'I will try 100 times to get back up and if I fail 100 times do you think I will ever get back up? NO!'. Memang jelas semua yg berlaku adalah disebabkan diri kita sendiri dan bukan org lain.
Selain dari Nick, ada seorg lagi insan yg memberi inspirasi kat aku. Orang ni aku kenal sejak dari aku darjah 1 lagi di SK Kem Terendak 1. Kemudian dia pindah ke sekolah lain dan aku tak jumpa dia smpi aku form 1 bila aku masuk SMK Ghaffar Baba. 3 tahun tinggal satu asrama dgn dia mmg byk mengajar aku erti kehidupan. Nama org yg aku sebutkan ni Mohd Sukur Bin Ibrahim. Aku pggl dia Abg Sukur. Mcm Nick, Abg Sukur juga tidak dianugerahkan tgn dgn kaki yg sempurna. Tapi itu tak bermakna semua nya telah berakhir, aku masih lagi igt kali pertama aku tgk Abg Sukur tulis, mmg cantik tulisan dia, aku yg ada 10 jari yg sempurna pun tak dapat tulis secantik tu. Semua benda dia akan buat sendiri selagi boleh dan tak pernah nk mengharapkan sesiapa utk tolong. Sekarang Abg Sukur dah ada company sendiri dan dah pun berjaya. Aku bertuah kerana diberi peluang utk mengenali manusia sehebat beliau.
So aku simpulkan disini, jgn la korg salahkan Monday kalau hidup korg tak gembira. Jgn salahkan org sekeliling kalau korg stress dan jgn salahkan takdir kalau hidup korg sentiasa di dalam kesempitan. Xde alasan utk kita semua berjaya. Yakin pada diri dan tempuh segala cabaran dgn fikiran yg positif.
JANGAN BERPUTUS ASA.
Ni aku letak salah satu video Nick Vuljicic utk sesiapa yg belum pernah tgk.
Untuk sesiapa yg nk kenal dgn Abg Sukur boleh la add dia kat https://www.facebook.com/sukuribrahim
Terima kasih kerana membaca dan selamat menjalankan tugas :)
No comments:
Post a Comment