Monday, October 1

Jangan Berputus Asa

Selamat Pagi Semua :) 

Ramai yg memulakan kerja pada hari ni tapi aku semalam lg dah start enjin. Hari pertama minggu kerja ni selalu la dikaitkan dengan 'Monday Blues', tp kalau kat tmpt aku 'Sunday Blues' la,hehe.. Sedar atau tidak 'Monday Blues' ni adalah tanda yang kita tidak bergembira dengan pekerjaan yg kita sedang lakukan sekarang. Kita takkan rasa lemah atau malas utk pergi kerja kalau pekerjaan yg kita telah diamanahkan itu pekerjaan yang kita suka. Banyak la aspek dan sebab sehingga timbulnya lemah semangat ni antaranya persekitaran kerja yg negatif seperti rakan sekerja tak sekepala, org atasan yang scope of work dia adalah marah kat anak buah dan kawasan tmpt kerja yg bersepah dan kotor. Selain tu kerja yang kita buat pun boleh menjadi sebab utama, kalau kita ni jenis tak suka menaip tapi pekerjaan kita adalah jurutaip mmg la takkan menjadi.

Selalu jugak org kata 'dah ni rezeki yg kita dapat, redha je la' tp tak selalunya redha mereka itu ikhlas. Kadang-kadang redha terpaksa atau redha kerana dah takde pilihan lain dah. Itu adalah tindakan yg salah. Akhirnya bukan persekitaran yg negatif atau bidang kerja tak sesuai yg patut dipersalahkan, tapi diri sendiri yg telah berputus asa dengan keadaan semasa.

Pagi tadi semasa breakfast, aku ada view video dr youtube berkaitan dgn seorg pemuda bernama Nick Vujicic dari Serbia. Aku yakin ramai yg dh tgk video mamat ni dan ramai yg menitis air mata. Tapi sedar tak korg air mata yg dititiskan tu utk siapa? aku pasti air mata tu bukan dititiskan utk Nick Vujicic yg tidak mempunyai tangan dan kaki, dia adalah seorg yg positif dan berjaya hingga takde apa utk disedihkan. Air mata  tu adalah utk nasib diri kita sendiri sebenarnya. Kita sedih kerana sedar kita mempunyai potensi tapi kita terlalu banyak menyalahkan org lain kerana kegagalan kita. Dalam video tersebut Nick memberitahu 'I will try 100 times to get back up and if I fail 100 times do you think I will ever get back up? NO!'. Memang jelas semua yg berlaku adalah disebabkan diri kita sendiri dan bukan org lain.  

Selain dari Nick, ada seorg lagi insan yg memberi inspirasi kat aku. Orang ni aku kenal sejak dari aku darjah 1 lagi di SK Kem Terendak 1. Kemudian dia pindah ke sekolah lain dan aku tak jumpa dia smpi aku form 1 bila aku masuk SMK Ghaffar Baba. 3 tahun tinggal satu asrama dgn dia mmg byk mengajar aku erti kehidupan. Nama org yg aku sebutkan ni Mohd Sukur Bin Ibrahim. Aku pggl dia Abg Sukur. Mcm Nick, Abg Sukur juga tidak dianugerahkan tgn dgn kaki yg sempurna. Tapi itu tak bermakna semua nya telah berakhir, aku masih lagi igt kali pertama aku tgk Abg Sukur tulis, mmg cantik tulisan dia, aku yg ada 10 jari yg sempurna pun tak dapat tulis secantik tu. Semua benda dia akan buat sendiri selagi boleh dan tak pernah nk mengharapkan sesiapa utk tolong. Sekarang Abg Sukur dah ada company sendiri dan dah pun berjaya. Aku bertuah kerana diberi peluang utk mengenali manusia sehebat beliau. 

So aku simpulkan disini, jgn la korg salahkan Monday kalau hidup korg tak gembira. Jgn salahkan org sekeliling kalau korg stress dan jgn salahkan takdir kalau hidup korg sentiasa di dalam kesempitan. Xde alasan utk kita semua berjaya. Yakin pada diri dan tempuh segala cabaran dgn fikiran yg positif.

JANGAN BERPUTUS ASA.

Ni aku letak salah satu video Nick Vuljicic utk sesiapa yg belum pernah tgk.

       
Untuk sesiapa yg nk kenal dgn Abg Sukur boleh la add dia kat https://www.facebook.com/sukuribrahim

Terima kasih kerana membaca dan selamat menjalankan tugas :)

Sunday, September 30

Diskaun 10% Untuk Pembayar Konsisten

Selamat pagi semua :)

Hari ni nak share pendapat aku mengenai diskaun PTPTN yang telah diumumkan oleh PM Najib pada pembentangan bajet 2013 hari Jumaat baru ni. Pada sesiapa yang masih tak tahu lagi, ada dua option diskaun yg dah diberi iaitu 20% diskaun untuk peminjam yg dapat settle kan hutang before Sept 2013 dan 10% diskaun setahun utk pembayar konsisten. Utk aku mmg konfem la aku pilih yg 10% diskaun tu sbb aku takde duit nk settle kan semua. Tapi itu tak lah bermakna aku terbeban dgn hutang tu seperti mana yg sibuk dihebohkan oleh pihak lain. Tapi bila aku congak secara kasar, DISKAUN 10% UTK SETIAP TAHUN, setiap tahun tau bukan 10% dari jumlah pinjaman. Jadi misal kata aku bayar every month RM180, tolak interest 1% jadi RM140 yg akan ditolak dari baki pinjaman aku, maka total setahun aku akan bayar adalah sebanyak RM1680. Aku amik baki pinjaman semasa aku RM24704.90 maka pada Sept 2013 ia akan menjadi RM23024.90. Dari jumlah yg dh ditolak tu, tolak diskaun 10%, so akan ditolak sebanyak RM2302.49 menjadikan baki pinjaman keseluruhan aku RM20722.41. Untuk tahun kedua pulak aku still bayar jumlah yg sama sebanyak RM1680 setahun menjadikan baki pinjaman RM19042.41 dan ditolak 10% diskaun pada Sept 2014 sebanyak RM1904.24 menjadikan baki akhir RM17138.17.

Kesimpulannya aku bayar je RM180 sebulan dari Sept 2012 hingga Sept 2014 iaitu sebanyak RM3360 tapi jumlah yg akn ditolak pada pinjaman aku sebanyak RM7566.73 menjadikan purata sebulan adalah RM315. Tolak yg aku bayar RM180 tu menjadikan jumlah RM135 yg akan ditanggung oleh kerajaan.

So Alhamdulillah kalau benda ni berpanjangan aku harap dpt la setel hutang tu cepat. Tolong komen kalau korg rasa cara kira aku ni salah. Kita boleh share pendapat masing2. Apa pun, samada diskaun atau tak, hutang tetap kena bayar dan kalau tak mampu byr lump sum bayar la sikit2 tiap2 bulan :)

Contoh Jadual Bayaran Balik Jika Diskaun 10% Setahun Dilaksanakan



Link pengumuman diskaun di laman PTPTN: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bajet2013

Saturday, September 29

4 Tahun 7 Bulan

Sebenarnya blog ni bukan la blog yang lain tapi sebenarnya blog aku yang pertama sebelum aku create blog The Enthusiast :P. Mulanya mcm malas je nk post kat blog ni dah tapi sebab aku ni suka sgt nk bercerita, so aku hidupkan balik blog ni utk jadi medium utk aku bercerita dgn korg.

Last aku post dlm blog ni 1 Mac 2008. Punya la lama, hampir 4 tahun 7 bulan masa dah berlalu. Masa tu baru je start keja dan tgh semangat nk pegi offshore (skang xde dah la sbb aku lg suka dok opis ternak perut,hehe..). Banyak la benda dah berlaku sepanjang ketiadaan post baru aku dalam blog ni. Dari kerja kuli smpi jd bos :P dan dari bujang smpi la skang aku dah kahwin, Alhamdulillah :).

Ada org tanya aku "Best tak kahwin?". Tanpa ragu2 aku pun jawab "Mestilah". Walaupun jawapan aku tu penuh je, tapi penuh bermakna kalau org boleh baca fikiran aku. Bagi aku jawapan "Mestilah" tu bukan hanya sekadar perasaan best sebab sekarang dah ada teman hidup, tapi juga satu kesyukuran kerana aku telah diberi peluang untuk menjalankan perintah Allah S.W.T. dalam meramai umat Islam di muka bumi ni. Betapa best perkahwinan itu terletak pada nikmat perkahwinan yg dihayati dengan penuh keihklasan tanpa hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Banyak dosa dapat dielakkan dan byk pahala dapat diperbanyakkan melalui perkahwinan. Best dapat menggembirakan hati isteri dan best sebab sekarang aku sudah menjadi lebih bertanggungjawab dan memahami apa itu komitmen. Semoga keluarga baru ku ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T Aminn...



Cerita pasal nak gembirakan hati isteri ni, mmg ada banyak cara yang boleh dibuat oleh seorg suami. Tapi oleh kerana aku sekarang ni kena duduk berjauhan dgn isteri sebab tak dapat pindah kerja lagi :( kaedah yg aku boleh buat amatlah terhad. Satu cara aku buat adalah dgn memberikan hadiah sebagai pengganti diri, walaupun aku tau banyak mana pun hadiah aku bagi tetap takkan sama dgn kehadiran aku disisinya, tp at least hadiah yg tak seberapa ni dapat la mengurangkan sikit rasa sedih dalam hatinya. So aku pun belikan dua pasang baju Jovian untuk Raya Haji nnt. Dari suara di dalam telefon pun aku dah boleh rasa betapa gembiranya hati dia sebab dapat baju yg diidamkan. Walaupun mahal sket, tapi aku tak kisah sgt sebab mmg sgt berbaloi. baju tu pun cantik2 dan mmg kena la dgn taste aku :) siapa2 yg tak pnh tgk lagi, ni la baju yg aku dah belikan untuk isteri aku.

Jameela Beige
Jewel Grey
  
Sesiapa yg rasa berkenan, boleh la pegi ke website poplook atau zalora utk pre-order, tapi most design yg cantik2 dah sold out la,hehe..aku pun nasib baik je dapat order (niat nk bagi isteri sebab tu la boleh dpt kot :P). So kepada suami2 sekalian, sentiasa la gembirakan hati isteri anda, banyak pahala boleh dapat tau :D. Aku ni plak tak tau la bila boleh dapat pindah, harap2 dapat la pindah cepat2. InsyaAllah ada la rezeki tu nnt :)

Apa-apa pun kehiduapn aku skang lebih tenang dan bermakna. Banyak lagi peringkat kehidupan yg aku akan lalui di masa akan datang. Semoga aku dan isteri tabah mengharungi dugaan dan ujian yg bakal kami hadapi dan semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Aku akan cuba update blog ni sekerap mana yg aku mampu, so harap korg sudi la follow dan tak boring baca apa yg aku tulis ye.

Terima kasih kerana sudi membaca, kalau best share la dgn member2 korg ye :)

Saturday, March 1

Got Headache =(

I want to share my story with u about my experience workng offshore, but I got a really bad headache. I will post the story after  I recover =(

Tuesday, February 19

Offshore Here I Comes =)



At last my dream come true, my ambition to work offshore will be fullfill this friday. I will be off to Dulang Platform by chopper friday morning and will be there for about 10 days. My scope of work is doing Boroscope Inspection for Heat Exchanger and its pays well,hehe..hope to get more offshore work after this. cant wait to see what's next,huhu..

I'm Not Healthy!!!




I had my blood test recently, after the result came out, i realize the doctor had highlight two things in the result. first its about my blood cell,  the result indicates that my RCW from Heramtological Indices is 17% which is above normal recommendation (must be 11-16% only). this results means that my blood cell size is not uniform which can cause anemmia. then my Triglycerides level is 3.0mmol/L which is far above normal average which should be less than 1.7mmol/L. Triglycerides is a floating fat in our blood. if the amount of the triglyerides is high it may cause heart failure and stroke. i'm so damn scared when know bout this.think i should start a more better lifestyle. so guys, should you all check your personal health and start realize that u r not healthy,huhu..

Sunday, February 17

Welcome Everybody


Selamat datang ke blog aku yg baru, aku rasa nak pindah la blog aku kat sini, sebab kat frenster tu cm kurg menarik je, harap korg tak kisah la ek, anyway aku harap korg enjoy ngan blog aku ni dan terima kasih kerana sudi melawat =)